13 lagi keluarga Badwi di Lembah Jordan dihalau tinggalkan rumah

LEMBAH JORDAN, 8 Dis 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis hari ini menghalau 13 lagi keluarga Badwi di sekitar kawasan utara Lembah Jordan supaya meninggalkan rumah mereka atas alasan untuk menjalankan latihan tentera secara besar-besaran.

Tiga keluarga di desa Hemsa al-Fawqa dipaksa kosongkan rumah mereka esok, dari jam 10:30 pagi hingga 05:00 petang, walaupun mereka tidak mempunyai sebarang tempat lain untuk berteduh.

10 keluarga lain dari Ras al-Ahmar berdekatan Tamun turut mendapat arahan yang sama.

Semalam, tentera penjajah menutup jalan yang menghubungkan Tubas dan Lembah Jordan dan mengerah pasukan tentera ke kawasan tersebut sebagai persiapan untuk mengadakan latihan.

Rejim Zionis secara sengaja mengadakan latihan bedekatan kawasan tempat tinggal penduduk Palestin, dan tidak pernah memilih kawasan berdekatan penempatan haram Yahudi bagi mengelak bahaya atau mengganggu kehidupan harian pendatang Yahudi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts