13 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

RAMALLAH, 20 Mac 2019 — Tentera penjajah Zionis hari ini menculik sekurang-kurangnya 13 penduduk Palestin dari beberapa daerah di Tebing Barat.

Seramai lima penduduk diculik dari Ramallah dan al-Bireh, sementara tiga yang lain ditangkap dari Beit Lahm dan dua lagi dari Nablus.

Dalam kejadian di al-Khalil, setiausaha pergerakan Fatah, Awni al-Rajabi, diculik dari rumahnya. Seorang lagi penduduk diculik selepas disekat oleh tentera berdekatan Masjid Ibrahimi.

Sementara di Baitulmaqdis Timur, tentera yag berkawal di sekatan Zaayim menyekat dan menahan Pengarah Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Baitulmaqdis, Thaer Anis. Beliau sendiri merupakan seorang bekas tahanan.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts