RAMALLAH, 9 Jan 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 13 penduduk Palestin, termasuk lapan kanak-kanak, dari wilayah Tebing Barat malam tadi.

Seramai 10 orang termasuk lapan kanak-kanak diculik dari bandar Beit Fajjar dan Teqoua’ di Beit Lahm.

Kanak-kanak Amir Morad Taqatqa, 17, Ali Ayman Taqatqa, 15, Ismael Raed Taqatqa, 16, dan Mahmoud Nabil Thawabta, 14, diculik dari Beit Fajjar, manakala Ahmad Fathi al-‘Amour, 16, Soheib Mohammad al-‘Amour, 16, Ma’moun Suleiman al-‘Amour, 15, dan Nour Mahmoud al-‘Amour, 15, diculik dari Teqoua’.

Di samping itu, tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah bekas tahanan Rabie Shehada di Tulkarem dan menginterogasi beliau selama beberapa jam.

(PIC, IMEMC)

SHARE