13 penduduk Palestin termasuk 5 wanita diculik dari Tebing Barat

TULKAREM, 9 Okt 2018 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menculik 13 penduduk Palestin dari Tebing Barat, termasuk lima wanita dan ahli keluarga Ashraf Abu Sheika yang dituduh melakukan serangan menembak tiga orang Yahudi di zon industri Barkan.

Dalam kejadian di Tulkarem, tentera Zionis menyerbu kawasan pinggiran bandar Shuweika dan memecah masuk rumah-rumah keluarga Abu Sheika.

Mereka menangkap ibu bersama dua saudara perempuannya, dan mengugut bahawa semuanya akan ditahan sehinggalah Ashraf menyerah diri. Beberapa buah rumah lain turut dipecah masuk dan tiga orang pemuda diculik.

Di selatan Nablus pula, tentera Zionis menyerang masuk bandar Asira al-Qibliya dan menculik pemuda Mohamed Ahmed. Mereka turut menyerbu bandar al-Laban al-Sharqiya, Beita dan Awarta, namun tiada tangkapan dibuat.

Tiga orang pemuda diculik dalam kempen tentera Zionis di bandar Jaba di wilayah Jenin dan juga kem pelarian al-Fawwar di wilayah al-Khalil.

Di Beit Lahm, tentera Zionis menculik seorang ibu, Fadwa Au Surur dan anak perempuannya, Yasamin, dari kem pelarian Aida.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts