GAZA, 19 Man 2019 — Tentera penjajah Zionis melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata yang sengit ke arah peserta perhimpunan aman Great Return March (GRM) di sempadan pantai utara Gaza, menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang tercedera.

Laporan pihak perubatan mengesahkan 13 orang tercedara, termasuk jurnalis Thaeer Abu Rayyash yang ditembak tepat dengan kelongsong gas pemedih mata di bahagian kepalanya.

Penduduk Gaza mengadakan perhimpunan GRM setiap minggu di kawasan sempadan, termasuk perhimpunan laut di kawasan pantai utara dan juga perhimpunan di waktu malam berdekatan pagar sempadan, sejak 30 Mac tahun lalu.

Perhimpunan GRM bertujuan mendesak masyarakat antarabangsa memberi tekanan supaya rejim Zionis menghentikan sekatan ke atas Gaza yang berlarutan sejak 12 tahun lalu. Mereka turut menuntut hak supaya pelarian Palestin dibenarkan pulang ke tempat asal mereka.

Seramai 271 orang peserta GRM telah terbunuh dan lebih 29,000 yang lain tercedera diserang oleh tentera Zionis.

(PIC)

SHARE