130 bayi lahir setiap hari di Gaza sepanjang Mei lalu

GAZA, 12 Jun 2017 (PIC) — Seramai 4,026 bayi telah dilahirkan di Gaza sepanjang bulan Mei lalu, mencatatkan purata 130 orang sehari. Manakala seramai 288 orang telah meninggal dunia sepanjang tempoh tersebut, iaitu purata sembilan orang setiap hari.

Data yang diterbitkan oleh Jabatan Pengurusan Awam di Gaza menunjukkan peningkatan kelahiran seramai 424 orang berbanding bulan sebelumnya.

Seramai 1,990 daripada bayi tersebut adalah lelaki, manakala bakinya seramai 2,036 orang adalah perempuan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts