130 penduduk Palestin ditangkap kerana “menghasut” melalui media sosial

AL-QUDS, 20 Jan 2016 (PIC) — Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin melaporkan seramai 130 penduduk Palestin ditangkap oleh rejim Zionis sepanjang tahun 2015 atas alasan membuat hasutan melalui media sosial.

27 orang daripada yang ditahan telah dikenakan tuduhan menghasut, manakala sebahagian besar yang lain dikenakan tahanan pentadbiran, iaitu tahanan tanpa sebarang dakwaan atau pengadilan, dalam tempoh yang berbeza-beza.

Sebahagian besar mereka yang ditahan adalah bersal dari al-Quds, di mana rejim penjajah Zionis baru-baru ini membentuk sebuah unit siber bagi tujuan untuk mendakwa aktivis sosial media Palestin.

Ketua jawatankuasa, Amjad Abu Assab, berkata bahawa kumpulan pertama aktivis sosial media Palestin telah ditangkap pada 15 Disember lalu, setelah dituduh melakukan hasutan melalui tulisan di laman Facebook. Hari ini, semua aktivis tersebut dijatuhkan hukuman penjara selama 17 bulan.

Sejak tahun lalu, 40 penduduk al-Quds ditahan atas kesalahan menerbitkan tulisan di laman Facebook. Beberapa orang dikenakan hukuman tahanan dalam rumah, di mana mereka juga diharamkan menggunakan telefon pintar atau membuka akaun Facebook mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts