13,000 penduduk Gaza masih tiada tempat berteduh

GAZA, 4 Mac 2019 — Sekitar 13,000 penduduk Palestin di Gaza masih tidak mempunyai tempat berteduh, selepas empat-setengah tahun diserang oleh tentera penjajah Zionis.

Menurut laporan pertubuhan hak asasi B’Tselem, kira-kira 20% daripada rumah-rumah masih tidak boleh dihuni sehingga hari ini, dan sekitar 2,300 keluarga atau 13,000 orang masih tidak mempunyai rumah.

Sepanjang 50 hari Perang Asful Ma’kul pada 2014, tentera Zionis memusnahkan puluhan ribu rumah-rumah penduduk awam, di mana sekitar 18,000 rumah ranap sama sekali atau rosak teruk. Lebih 100,000 penduduk, atau 17,000 keluarga, hilang tempat tinggal.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts