131 terkorban, lebih 14,000 cedera sepanjang Great Return March

GAZA, 24 Jun 2018 — Kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza hari ini mengesahkan bahawa seramai 131 penduduk Palestin termasuk 15 kanak-kanak dan seorang wanita terbunuh sejak pelancaran Great Return March (GRM) di sempadan Gaza 30 Mac lalu.

Sementara bilangan mereka yang tercedera, termasuk akibat serangan gas pemedih mata, adalah seramai 14,811 orang. Seramai 6,836 dirawat di klinik lapangan dan 7,775 dikejar untuk rawatan di hospital. Menurut kenyataan tersebut, 2,525 daripada mereka yang cedera adalah kanak-kanak dan 1,158 orang adalah wanita.

Dari jumlah mereka yang cedera, seramai 3,947 menjadi mangsa serangan peluru hidup, 427 orang diserang dengan peluru getah, dan 1466 lagi sesak nafas diserang gas pemedih mata.

Seramai 366 orang daripada mereka yang cedera masih berada dalam keadaan kritikal, dan 54 orang mangsa terpaksa menjalani pembedahan memotong anggota badan.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts