135,000 Hilang Tempat Berteduh

rumahGAZA, 20 Jul 2014 (Maan) — Serangan zalim tentera Zionis ke atas penduduk awam Gaza setakat ini telah memusnahkan lebih 2,000 buah rumah sekaligus menyebabkan lebih 135,000 orang kehilangan tempat berteduh.

Pertubuhan Euro-mid for Human Rights yang berpengkalan di Geneva dalam satu laporan mereka menyebut kereta kebal dan jet perang Zionis secara berterusan mengebom secara rambang kawasan kejiranan di timur Gaza bedekatan dengan sempadan. Serangan tanpa henti ini menyebabkan sebahagian penduduk meninggalkan kawasan tersebut.

Hampir setengah daripada mereka terpaksa menginap di penempatan sementara di sekolah-sekolah UNRWA.

Sebanyak 756 serangan dilakukan pada hari semalam sahaja, termasuk 156 serangan dari uadara, 210 dari laut dan 390 tembakan artileri.

Jumlah serangan tentera Zionis sejak 13 hari lalu mencecah 6,589 sasaran, termasuk 3,121 melalui serangan udara, 1,545 serangan dari tentera laut dan 1,923 serangan kereta kebal.

Laporan tersebut juga menyebut sebanyak 263 buah rumah dimusnahkan semalam, di mana 33 buah daripadanya musnah sama sekali. Jumlah keseluruhan kemusnahan rumah adalah 2,729 buah di mana 404 buah ranap ke bumi.

Dua buah masjid juag menjadi sasaran semalam, menjadikan jumlah masjid yang diserang sebanyak 40 buah termasuk enam daripadanya musnah keseluruhan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts