137 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 26 Julai 2017 — Sekurang-kurangnya 137 pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Pasukan polis Zionis menutup Pintu al-Maghareeba selepas mereka mengawal gerombolan pendatang menceroboh masuk, untuk menghalang bantahan para jemaah yang berkumpul dan berjaga di Pintu al-Majlis.

Dalam kejadian berkaitan, polis Zionis menyerang dua orang jurnalis wanita serta menangkap seorang pemuda selepas memukul beliau.

Padi tadi, semua penduduk di bawah umur 40 tahun dihalang memasuki masjid melalui Pintu al-Asbat.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts