14 diculik dalam operasi tentera Zionis di al-Quds dan Tebing Barat

TEBING BARAT, 26 Jun 2016 (PIC) — Dua warga Afrika Selatan dan 12 penduduk Palestin diculik oleh tentera Zionis dalan operasi sebelum Subuh pagi tadi di al-Quds dan Tebing Barat.

Dalam kejadian di Jenin, tentera penjajah menceroboh masuk bandar Kfar Koud dan menculik bekas tahanan Saed Thabet Abu Abeid, 36, dari rumah keluarganya. Mereka turut menggeledah rumah empat orang lagi saudara Saed Thabet sebelum membina sekatan dan menutup laluan masuk utama ke kawasan tersebut.

Manakala Hussein Daraghmeh, 30, diculik setelah pasukan tentera menggeledah rumahnya di kota Tubas di utara Tebing Barat.

Beberapa jam sebelumnya, dua orang pemuda yang tinggal di kem pelarian Faraa di timur Tubas diculik ketika menaiki kenderaan berdekatan sekatan Zaatara. Laluan keluar masuk penduduk Palestin disekat di sekatan Zaatara ketika tentera dikerahkan ke seluruh Tubas.

Dalam pada itu pertempuran tercetus di bandar al-Khader di wilayah Beit Lahm, di mana penduduk diserang dengan tembakan gas pemedih mata. Empat pemuda diculik dari bandar al-Khader dan Nahaleen, termasuk Fadi al-Neis, 19.

Di Ramallah, tentera Zionis menangkap semula bekas tahanan Eid Tala al-RImawi di sekatan tentera yang dipacak di perkampungan Nabi Saleh. Dua lagi bekas tahanan dari Beit Awa di barat daya al-Khalil diarah hadir untuk disoal siasat.

Tentera Zionis juga memecah masuk rumah pemimpin Fatah Ziad al-Nawaj’a, 30, dan kemudian mengurung semua ahli keluarganya di dalam sebuah sebelum memusnahkan rumah tersebut. Pertempuran tercetus apabila pihak tentera menembak gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin yang membantah tindakan tentera.

Operasi tentera Zionis memuncak dengan penculikan Saleh Abu Asab, 16, bersama Muhammad Naseef di Masjid al-Aqsa. Dua orang warga Afrika Selatan yang beriktikaf di situ.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts