14 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

AL-KHALIL, 4 Jun 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik 14 penduduk Palestin, termasuk sembilan dari wilayah al-Khalil, awal pagi tadi.

Banyak rumah-rumah penduduk di al-Khalil dipecah masuk dan digeledah oleh tentera Zionis, di mana penghuni disoal siasat dan enam daripada mereka diculik. Mangsa-mangsa dikenali sebagai Oweis Hashem Rajoub, Mofeed Eqeilan Amayra, Karam Bassam Tanneena, Abada Mahmoud Adawi, Azzam Abu Arqoub, Raed Mofeed Sharabati, Ali Taleb al-Hroub dan Mustafa Jamal al-Hroub.

Sementara bekas tahanan politik Mohammad Ahmad ‘Aadi, 60, diculik dari rumahnya di kawasan Safa di bandar Beit Ummar, al-Khalil.

Di Beit Lahm pula, tentera Zionis menculik Mohammad Nassim Taqatqa, Sami Awad Atallah dan Yazid Mohammad Amarin. Tentera turut menyerbu bandar Methaloon di selatan wilayah Jenin dan menculik Sami Sadeq No’eirat dari rumahnya. Seorang lagi mangsa, Qadri Ayyadh Ghawadra, diculik dari rumahnya di perkampungan Be’er al-Basha di barat daya Jenin.

(IMEMC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts