14 penduduk Palestin termasuk 3 beradik dan isteri bekas tahanan diculik

TULKAREM, 10 Jun 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik 14 penduduk Palestin termasuk tiga beradik dari rumah-rumah mereka di beberapa wilayah Tebing Barat hari ini.

Tentera Zionis menyerbu wilayah Tulkarem di utara Tebing Barat, memecah masuk dan menggeledah rumah penduduk sebelum menculik Eyad Mohammad Abdullah, 42, dan Yasser Mahmoud Abdul-Rahim, 32. Mereka turut menculik empat yang lain, namun dibebaskan semula selepas di soal siasat selama beberapa jam.

Di Ramallah, tiga beradik Jaber, Majd dan Hammad Awad al-Hajj serta Ghassan Mousa Azzam diculik selepas tentera Zionis menggeledah rumah mereka.

Tentera Zionis turut menyerbu bandar Abu Dis di selatan Baitulmaqdis, menggeledah rumah dan menculik Walid Sharaf, Mohammad Sa’id dan Hotheifa Bader.

Mereka juga menculik isteri kepada Odai Sonnokrot yang baru dibebaskan dari penjara Zionis seminggu lalu.

Dalam kejadian di Jericho, tentera Zionis menculik dua penduduk iaitu Mahmoud Abdul-Majid Abu Sal’oum dan Mahmoud Bader Ibrahim.

Manakala pemuda Mustafa Taleb al-Badan, 20, diculik dari bandar Teqoua’ di timur Beit Lahm.

Di Baitulmaqdis, Ibrahim Airbases diculik hanya beberapa minit selepas dibebakan dari Kem Tahanan Gurun Naqab setelah menjalani hukuman penjara selama 50 bulan. Beliau diheret ke pusat interogasi al-Maskobiya di kota Baitulmaqdis.

(IMEMC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts