14 penduduk Palestin termasuk 3 kanak-kanak diculik

RAMALLAH, 29 Ogos 2017 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 14 penduduk Palestin, termasuk tiga kanak-kanak, dalam operasi di seluruh Tebing Barat dan al-Quds sepanjang malam tadi.

Seramai enam orang ditangkap di wilayah al-Quds.

Makanala di wilayah Beit Lahm, kanak-kanak Muhammad Riziq Najajra, 16, Mahmoud Talib Najajra, 16, dan Khalaf Shadi Najajra, 14, diculik dari bandar Nahhalin.

Pertubuhan hak asasi Addameer menyebut seramai 6,128 penduduk Palestin ditahan sehingga bulan Julai lalu, di mana 320 daripada mereka adalah kanak-kanak.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts