BEIT LAHM, 13 Nov 2017 — Seramai 14 orang penduduk Palestin, termasuk bekas tahanan mogok lapar Tareq Qaadan, diculik dalam operasi tentera Zionis di Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Di wilayah al-Khalil di selatan Tebing Barat, sembilan orang penduduk termasuk tiga kanak-kanak diculik. Kanak-kanak terbabit adalah Samer Hussein al-Nahnush, Othman Ibrahim Murad dan Abed al-Rahim Abed al-Aziz al-Rajabi. Mangsa-magsa lain dikenali sebagai Nizar Moussa Muhammad, Mahmoud Jibril Makhamreh, Abed al-Rahman Awad al-Sharabati, Muhammad Ishaq Maharmeh, Zuran Abu Qubeita dan Amir Muhammad Abed al-Jawad Ikhalyyil.

Juga di selatan Tebing Barat, tiga penduduk Palestin Yousif Sabbah, Muhammad Nael Hamideh dan Hussam Omar Abu Khalifeh diculik dari wilayah Beit Lahm.

Manakala di wilayah Salfit di tengah Tebing Barat, pemuda Nabil Abdullah Ahmad diculik dari bandar Kafr al-Dik.

Tareq Qaadan, seorang pemimpin Jihad Islami yang pernah melancar mogok lapar dalam penjara, diculik dari bandar Arraba berdekatan kota Jenin di utara Tebing Barat.

Kumpulan hak asasi Addameer merekodkan seramai 6,198 penduduk Palestin ditahan oleh tentera Zionis sehingga akhir Oktober lalu.

(Sumber: Maan, IMEMC)

SHARE