14 penduduk Tebing Barat diculik

RAMALLAH, 8 Ogos 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menculik 14 penduduk Palestin dari rumah mereka di Tebing Barat awal pagi tadi.

Tujuh daripada mereka ditangkap di bandar Deir Abu Mash’al berdekatan Ramallah, manakala seorang aktivis Hamas ditangkap di perkampungan Qibya di barat laut Ramallah.

Enam lagi penduduk termasuk dua aktivis Hamas ditangkap di bandar Dura, Beit Ummar dan Beit Awwa.

Tentera Zionis turut menyerang masuk bandar Qarawat Bani Hassan berdekatan Salfit dan menyerah arahan kepada bekas tahanan Ramzi Mar’ie supaya hadir untuk disoal siasat ke pusat interogasi Shin Bet. Beliau dibebaskan dua bulan lalu setelah menamatkan hukuman penjara selama 14 tahun.

Sementara di perkampungan Sanniriya berdekatan Qalqiliya, tentera penjajah memecah masuk rumah jurnalis agensi berita Anadolu, Qais Abu Samra, dan menyoal tentang tugasan serta peranan beliau dalam cubaan rampasan kuasa di Turki serta kejadian berkaitan tragedi tersebut.

Sebuah pejabat penerbitan akhbar di bandar Halhoul di utara al-Khalil turut digeledah masuk oleh sekumpulan askar Zionis, di mana mereka merampas beberapa peralatan.

Beberapa kawasan kejiranan di bandar Aqraba di wilayah Nablus turut diceroboh masuk, tetapi pihak tentera kemudian berundur keluar tanpa membuat sebarang tangkapan.

Tentera Zionis juga mengenakan perintah berkurung ke atas penduduk Palestin di bandar Huwara di selatan Nablus sepanjang malam tadi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts