14 penduduk tercedera dalam serangan di utara al-Bireh

RAMALLAH, 20 Mac 2019 — Seramai 14 orang tercedera apabila tentera penjajah Zionis menggempur dan menyerang penduduk bersama mahasiswa Palestin di laluan masuk utara kota al-Bireh berdekatan lintasan Bet Eil, Ramallah.

Paramedik Bulan Sabit Merah Palestin merawat dua orang yang terkena tembakan peluru getah sebelum mengejarkan mereka ke sebuah pusat rawatan, sementara yang lainnya mengalami sesak nafas diserang dengan gas pemedih mata.

Gerakan mahasiswa Universiti Berzeit mengadakan perhimpunan dan berarak ke lintasan Bet Eil sebagai membantah pembunuhan tiga pemuda Palestin semalam.

(Maan, PIC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts