14 petani Palestin ditangkap di al-Khalil

AL-KHALIL, 18 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini menangkap 14 petani Palestin di selatan wilayah al-Khalil, beberapa jam selepas mereka diserang oleh segerombolan pendatang Yahudi.

Mereka dituduh menanam pokok zaitun di kebun-kebun mereka, yang bakal dirampas untuk tujuan meluaskan kawasan penempatan haram Yahudi.

Puluhan pendatang Yahudi yang dikawal oleh pasukan tentera Zionis berkumpul dan mengugut para petani supaya meninggalkan kawasan tersebut, sehingga akhirnya mencetus pertempuran.

Semua mangsa dibebaskan kemudian, namun pertempuran di antara tentera Zionis dan penduduk Palestin berlarutan. Pendatang Yahudi turut bertempur dengan melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts