147 Pendatang Yahudi Ceroboh Masuk Al-Aqsa

AL-QUDS, 16 Nov 2017 — Seramai 147 pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam, Masjid al-Aqsa, dengan dikawal rapi oleh pasukan polis dalam beberapa gerombolan pagi tadi.

Mereka berarak dan berkelairan di perkarangan masjid sambil mendengar syarahan tentang Kuil Yahudi, yang didakwa pernah berdiri di atas tapak al-Aqsa, dan juga melakukan ritual Talmud.

Di samping itu, segerombolan pelajar Yahudi turut dibawa menceroboh masuk dan berarak di seluruh perkarangan al-Aqsa.

Pendatang Yahudi menceroboh Masjid al-Aqsa hampir setiap hari, dalam dua pusingan. Pusingan pertama dijadual dari jam 7:00 hingga 9:00 pagi, manakala pusingan kedua bermula selepas jemaah selesai menunaikan solat Zuhur dan berlanjutan selama satu jam.

(Sumber: PIC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts