15 keluarga Palestin dipaksa tinggalkan rumah

TUBAS, 7 Mei 2019 — Tentera penjajah Zionis hari ini memaksa 15 keluarga Palestin meninggalkan rumah mereka di kawasan Hamsa al-Fawqa di utara Lembah Jordan, atas alasan untuk menjalankan latihan.

Seramai 98 ahli keluarga, majoritinya wanita dan kanak-kanak, dipaksa meninggalkan rumah mereka tiga hari seminggu, untuk tempoh selama empat minggu.

Penduduk Palestin di Lembah Jordan sering dipaksa keluar serta diganggu oleh aktiviti latihan tentera di kawasan kediaman dan kebun mereka. Lembah Jordan merupakan pusat pertanian yang sangat penting, di mana lebih 44% daripada kawasannya dikawal penuh oleh tentera Zionis.

(Maan, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts