15 Pemuda Palestin Ditangkap Di Naqab

GURUN NAQAB, 24 Sep 2015 (PIC) — Sekurang-kurangnya 15 orang pemuda ditahan oleh tentera Zionis di kawasan Gurun Naqab dalam operasi penangkapan yang dilakukan pada tengahari Rabu dan awal pagi Khamis.

13 orang, termasuk sembilan kanak-kanak, diculik pada pagi Khamis atas tuduhan membaling batu ke arah sebuah balai polis yang sedang dalam pembinaan. Mereka dihadapkan ke sebuah mahkamah di Beer Sheeba bagi tujuan melanjutkan tahanan.

Terdahulu pada hari Rabu, tentera Zionis menyerang sekumpulan penduduk Palestin yang mengadakan demonstrasi di Tel Sheeba di Gurun Naqab dan kemudian menangkap dua orang pemuda.

Kempen menangkap penduduk Palestin di sekitar kota Al-Quds pada pagi Rabu berakhir dengan penangkapan seramai 10 orang remaja.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts