15 penduduk al-Quds diharamkan memasuki al-Aqsa

AL-QUDS, 9 Apr 2017 (PIC) — Polis penjajah Zionis hari ini mengharamkan 15 orang penduduk al-Quds daripada memasuki Masjid al-Aqsa untuk tempoh dari 15 hari sehingga enam bulan, setelah menahan mereka malam tadi.

Polis Zionis melancarkan operasi menyerbu rumah penduduk al-Quds dan menahan 18 orang.

Minggu lalu pihak polis mengenakan hukuman yang sama ke atas beberapa orang penduduk al-Quds dan juga pekerja Jabatan Wakaf di masjid suci itu.

Polis Zionis mendakwa langkah tersebut diambil bagi memberi perlindungan kepada pendatang Yahudi yang akan berkunjung ke Kota Lama al-Quds dan plaza Tembok Buraq. Mereka juga akan memberi laluan kepada pendatang untuk menceroboh masuk Masjid al-Aqsa secara besar-besaran bagi melakukan ritual bersempena perayaan Paskah Yahudi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts