RAMALLAH, 9 Ogos 2017 — Seramai 15 penduduk Palestin cedera ditembak dengan peluru hidup dan peluru getah sementara puluhan yang lain sesak nafas dalam serbuan tentera Zionis di perkampungan Kobar di timur laur Ramallah awal pagi tadi.

Tentera penjajah membuat serbuan sebelum menutup dua laluan utama ke perkampungan tersebut dengan timbunan tanah dan batu serta memasang sekatan jalan, menghalang penduduk keluar atau masuk.

Pertempuran tercetus apabila tentera cuba memecah masuk rumah tahanan Omar al-Abed, 19, yang ditahan sejak bulan lalu apabila beliau menikam dan membunuh tiga orang pendatang Yahudi berdekatan kawasan penempatan haram Halamish.

Tiga orang penduduk ditangkap dalam pertempuran tersebut.

SHARE