15 Penduduk Palestin Cedera Susulan Hujan Lebat

RAMALLAH, 7 Jan 2018 — Hampir 10 orang penduduk Palestin cedera susulan ribut dan hujan lebat yang melanda Tebing Barat dan Gaza sejak Khamis lalu.

Di Tebing Barat, pasukan polis Palestin telah mengendali 95 kes kecemasan akibat banjir dan ribut. Peronda polis beserta pasukan perbandaran dan Keselamatan Awam dikerah ke semua wilayah bagi membantu mangsa.

Sementara di Gaza, lima penduduk cedera akibat ribut. Pasukan pertahanan awam menyelamatkan dan memindahkan mangsa-mangsa banjir dengan menggunakan bot-bot nelayan.

Menurut Jabatan Meteorologikal Palestin, ribut hanya reda menjelang petang Sabtu.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts