RAMALLAH, 3 Okt 2018 — Sekurang-kurangnya 15 orang diculik dalam kempen tentera Zionis memburu penduduk Palestin di beberapa wilayah Tebing Barat awal pagi tadi.

Dalam kejadian di utara Qalqilya, pertempuran tercetus apabila tentera Zionis menculik seorang pemuda di Kafr Saba.

Penculikan juga berlaku di perkampungan Safa di utara Ramallah, serta perkampungan al-Khader dan Husan di selatan Beit Lahm.

Sementara di Baitulmaqdis, polis Ziois menculik tujuh penduduk dari bandar al-Isawiya dan kem pelarian Shu’fat.

Di Ramallah pula, pertempuran tercetus apabila pasukan tentera menyerbu kem pelarian al-Am’ari untuk mengambil ukuran rumah keluarga Abu Hamid sebagai persediaan untuk merobohkannya. Islam Abu Hamid, 32, telah ditangkap oleh polis Zionis atas tuduhan menghempap batu konkrit ke atas seorang askar Zionis dan menyebabkan kematiannya pada 26 May 2018.

(PIC, PNN)

SHARE