GURUN NAQAB, 25 Mac 2019 — Dua askar Zionis cedera ditikam oleh tahanan dalam Seksyen 3 di penjara K’tziot yang terletak di Gurun Naqab, selepas pasukan khas tentera Zionis menyerbu bilik-bilik kurungan dan menyerang para tahanan, malam tadi.

Mereka dikejarkan dengan helikopter ke Hospital Soroka di Beer Sheva, di mana salah seorang seorang daripadanya cedera parah.

Seramai 15 tahanan Palestin tercedera apabila pasukan tentera Zionis dengan ganas menggempur Seksyen 4, dan memindahkan semua tahanan ke Seksyen 3 dan 7 sambil memukul mereka. Tentera Zionis melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata, menyebabkan tiga tahanan cedera parah.

Lebih 240 tahanan diikat serta ditutup mata, dan dibiarkan kesejukan sepanjang malam.

Tindakan ganas tentera menyebabkan beberapa orang tahanan memukul dan menikam mereka.

Penjara K’tziot yang terletak di barat daya kota Beer Sheva merupakan penjara terbesar Zionis. Lebih 1,300 penduduk Palestin dikurung di situ.

(PIC, Maan, IMEMC)

SHARE