150 Tercedera dan Puluhan Lagi Ditangkap di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 30 Mac 2012 — Demonstrasi bagi memperingati Hari Bumi di Palestin dan tempat-tempat lain di seluruh dunia menyaksikan keganasan tentera Zionis berterusan dengan mencederakan 150 orang dan menangkap puluhan yang lain.

Dalam satu kejadian di Baitulmaqdis, 23 orang peserta demonstrasi tercedera dan 45 orang pemuda ditangkap apabila mereka cuba memasuki Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat. Antara mereka yang tercedera adalah Ahli Parlimen Hatem Abdel Qader, seorang menteri di Tebing Barat.

Demonstrasi di Qalandia
Demonstrasi di Qalandia

Pertempuran juga berlaku di Tur, Wadi al-Jouz dan kem pelarian Silwan dan Shafat. Manakala di Qalandia, tentera Zionis bertindak melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluruh getah, menyebabkan 120 orang tercedera di mana 23 orang daripada mereka telah dikejarkan ke hospital-hospital di Ramallah.

Zionis Yahudi mengisytiharkan penutupan ke atas seluruh wilayah Tebing Barat untuk tempoh 24 jam dan meletakkan semua tenteranya dalam keadaan berjaga-jaga sebagai persiapan untuk berhadapan dengan demonstrasi sempena Hari Bumi di Palestin.

Terdahulu pada hari Rabu, puluhan askar Zionis mengawal sekumpulan penduduk haram Yahudi menceroboh masuk ke Masjid al-Aqsa dan perkarangannya. Kejadian ini merupakan sebahagian daripada pergerakan secara besar-besaran penduduk Yahudi dengan sokongan pihak tentera.

Tentera Zionis menembak gas pemedih mata di Nabi Saleh
Tentera Zionis menembak gas pemedih mata di Nabi Saleh

Menurut laporan Yayasan Wakaf dan Warisan Al-Aqsa, Yahudi mula memasuki Masjid al-Aqsa melalui pintu Maghribi. Kira-kira 100 orang Yahudi menceroboh masuk di dalam tiga kumpulan menuju ke lokasi yang berbeza dan melakukan acara-acara ibadah mereka.

Dalam keadaan pencerobohan dan ketegangan yang berterusan ini, kita sebagai orang yang beriman harus menadah tangan dan berdoa agar masjid yang ketiga paling mulia bagi umat Islam ini terus terpelihara daripada kejahatan tangan-tangan Yahudi. Tingkatkanlah komitmen kita untuk membebaskan bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa yang telah lama terjajah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts