150 Yahudi ceroboh al-Aqsa, lakukan ritual Talmud

BAITULMAQDIS, 7 Mei 2018 — Pasukan polis Zionis mengiringi gerombolan 150 pendatang Yahudi menceroboh Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi.

Mereka dilaporkan berarak di perkarangan tapak suci itu sambil melakukan ritual Talmud, di mana pasukan polis menutup Pintu al-Maghareba setelah semua ahli gerombolan tersebut mula berada dalam kawasan masjid.

Pada masa yang sama, para jemaah dikenakan sekatan di semua laluan-laluan masuk utama masjid di mana polis Zionis merampas kad-kad pengenalan mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang penjaga masjid yang berjaga di al-Aqsa Mahdia al-Abassi diarah hadir ke pusat tahanan Qishleh di Koata Lama untuk disoal-siasat.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts