150 Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 25 Julai 2017 — Seramai 130 orang pendatang Yahudi beserta 20 pegawai polis Zionis menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Pada masa yang sama puluhan pekerja Jabatan Wakaf dan penduduk al-Quds berjaga di Pintu al-Majlis berdekatan Masjid al-Aqsa bagi membantah syarat-syarat yang dikenakan oleh polis Zionis ke atas para jemaah yang ingin masuk ke dalam masjid sejak 14 Julai lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, polis Zionis menangkap seorang pemuda serta cuba menangkap tiga remaja perempuan yang berasal dari Wilayah Palestin 1948, ketika mereka menyertai bantahan di Pintu al-Majlis. (PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts