BAITULMAQDIS, 5 Dis 2018 — Gerombolan 152 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa untuk menyambut hari ketiga perayaan Hanukkah, pagi tadi.

Mereka diiring oleh pasukan polis Zionis melalui Pintu al-Maghareba, dan berarak di atas tapak suci umat Islam itu serta cuba melakukan ritual Talmud.

Pertubuhan-pertubuhan Yahudi menghasut pengikut mereka menyerbu tapak suci al-Aqsa secara besar-besaran minggu ini, bersempena perayaan mereka.

(PIC, Maan)

SHARE