158 Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 10 Sep 2017 — Seramai 158 orang Yahudi termasuk 40 pegawai polis Zionis dan 20 pelajar menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareebah pagi tadi.

Pasukan polis mengiringi 98 pendatang Yahudi menceroboh masuk dalam sesi awal pagi, di mana mereka telah melakukan perarakan keagamaan sebelum berudur keluar melalui Pintu al-Silsilah.

Pada masa yang sama para jemaah dikenakan sekatan dan diperiksa ketat di laluan-laluan masuk tapak suci umat Islam itu. Puluhan jemaah yang memasuki al-Aqsa dirampas kad pengenalan mereka.

Pendatang Yahudi menceroboh masuk hampir setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu, dalam shif pagi dan tengahari. Di waktu pagi, mereka dibenarkan masuk selama empat jam mulai pukul 7:00 pagi. Manakala satu jam lagi diperuntukkan di antara waktu Zuhur dan Asar.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts