16 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

RAMALLAH, 17 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik 16 penduduk Palestin termasuk seorng wanita dari beberapa wilayah Tebing Barat sepanjang malam tadi, atas tuduhan mereka terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan.

Pertempuran sengit tercetus apabila tentera Zionis menyerbu masuk kawasan Abu Shkheidam di utara kota Ramallah serta Jalan al-Quds di selatan kota tersebut. Mereka melepaskan tembakan peluru hidup dan peluru getah, di samping bom gas pemedih mata.

Serbuan juga berlaku di bandar Beit Umar di wilayah al-Khalil, di mana tentera merampas wang berjumlah $1,300 dari sebuah rumah penduduk.

Tentera Zionis turut menyerbu perkampungan Deir al-‘Asal di bandar Doura, al-Khalil, dan memecah masuk serta menggeledah rumah wanita Ferial ad-Darwish, 42, sebelum menculik beliau.

Manakala di Nablus, empat pemuda termasuk seorang bekas tahanan yang dibebaskan tiga minggu lalu diculik dari rumah keluarga mereka.

Seramai tujuh lagi pemuda diculik dari bandar al-Khader di selatan Beit Lahm.

Berikut adalah senarai sebahagian daripada mangsa-mangsa yang diculik:

  1. Ferial ad-Darwish, Deir al-Asal – al-Khalil.
  2. Luay Taiseer Dweikat – Beita, Nablus.
  3. Abdullah Walid Kharyoush – Beita, Nablus.
  4. Taha at-Teety, Nablus.
  5. Ahmad Amer Nassar – Madama, Nablus.
  6. Mohammad Khaled Sheikh, Beit Lahm.
  7. Rami Salim Rafati, Beit Lahm.
  8. Mohammad Medhat Issa, al-Khader – Beit Lahm.
  9. Ahmad Odah Issa, al-Khader – Beit Lahm.
  10. Mos’ab Abu ‘Ammouss, al-Khader – Beit Lahm.
  11. Wajdi Mousa, al-Khader – Beit Lahm.
  12. Karam Sbeih, al-Khader – Beit Lahm.

(PIC, IMEMC, Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts