16 penduduk Palestin ditangkap

BAITULMAQDIS, 12 Mac 2018 — Tentera penjajah Zionis menangkap sekurang-kurangnya 16 penduduk Palestin dan merampas sejumlah wang tunai dalam operasi memburu aktivis anti-penjajahan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Seramai 10 pemuda ditangkap ketika tentera Zionis menyerbu dan memecah masuk rumah-rumah penduduk di bandar al-Issawiya di timur Baitulmaqdis.

Manakala dua yang lain, Hisham Fuqaha dan Diaa Fuqaha, ditangkap dan dilarikan ke lokasi rahsia selepas tentera menggeledah rumah mereka di bandar Anabta, timur Tulkarem.

Tentera Zionis turut menyerbu bandar Qalqilya, memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah serta menangkap tujuh penduduk.

Di al-Khalil, enam penduduk ditangkap dari Yatta, Halhul dan Beit Ummar. Tentera Zionis turut merampas sejumlah wang tunai ketika menggeledah rumah.

Sementera itu seorang pemuda dari kota Beit Lahm diarah hadir ke pusat interogasi di kawasan penempatan haram Gush Etzion.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts