16 penduduk Palestin termasuk bekas menteri ditangkap

JENIN, 12 Jun 2017 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menangkap 16 penduduk Palestin termasuk bekas Menteri Hal Ehwal Tahanan, Wasfi Qabaha, dalam operasi di seluruh wilayah Palestin dan Jajahan 1948 sepanjang malam tadi.

Wasfi yang dikaitkan dengan Hamas ditangkap di rumahnya di kejiranan al-Basatin dalam wilayah Jenin pagi tadi. Beliau dibebaskan pada 20 April baru lalu, setelah ditahan sejak Mei 2016. Wasfi pernah ditahan sebanyak 11 kali, merengkok dalam penjara Zionis sejumlah 15 tahun.

Dalam kejadian di Nablus, dua remaja Muhammad Amjad Uweis, 17, dan Mustafa Mansour Uweis, 16, ditangkap ketika menuju ke kota Baitul Maqdis.

Di wilayah al-Khalil pula, dua pemuda Muhammad Yousif Bahar, 22, dan Muhannad Issa Bahar, 17, ditangkap dari perkampungan Beit Ummar. Tentera Zionis turut memecah masuk beberapa buah rumah penduduk, sebuah klinik gigi dan sebuah pusat perubatan di situ, sehingga mencetus pertempuran dengan penduduk.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts