16 penduduk Palestin termasuk jurnalis dan ibu diculik

RAMALLAH, 24 Jun 2019 — Tentera penjajah Zionis melancarkan kempen besar-besaran menangkap 16 penduduk Palestin dari daerah-daerah Tebing Barat, malam tadi.

Di al-Khalil, tentera Zionis menculik jurnalis Amer Abu Hlayyel selepas memecah masuk dan menggeledah rumahnya, sebelum dilarikan ke lokasi rahsia.

Manakala di Tubas, tentera Zionis memecah masuk rumah Kifah Bsharat, ibu kepada dua orang anak dan kakak kepada seorang syahid, sebelum menculik beliau.

Penculikan turut berlaku di Beit Lahm dan Ramallah.

(DoP)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts