16 penduduk Tebing Barat dan al-Quds ditangkap

JENIN, 15 Jan 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menangkap 16 penduduk Palestin di Tebing Barat dan al-Quds, di mana 10 daripada mereka dituduh sebagai orang buruan kerana terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan.

Dalam kejadian di al-Quds, enam orang termasuk empat kanak-kanak ditangkap dari kawasan Jabal al-Masarif, al-Tour dan al-Isawiya.

Di samping menangkap aktivis Hamas dan Jihad Islami dari wilayah Jenin, Nablus, Ramallah, Beit Lahm dan al-Khalil, tentera Zionis turut merampas wang bernilai ribuan shekel di bandar Beita di Nablus, dengan menuduh wang tersebut disalurkan untuk kumpulan pejuang Palestin.

Tentera penjajah memecah masuk rumah penduduk serta memaksa keluarga keluar mengosongkan rumah mereka dalam keadaan hujan lebat di tengah malam, untuk melakukan penggeledahan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts