16 penduduk Tebing Barat diculik

AL-KHALIL, 26 Jun 2019 — Sekurang-kurangnya 16 penduduk Palestin, termasuk enam remaja, diculik oleh tentera Zionis dari beberapa daerah di Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Persatuan Tahanan Palestin melaporkan tentera Zionis menyerbu kem pelarian al-Am’ari di tengah kota Ramallah, memecah masuk serta menggeledah rumah-rumah dan menculik enam penduduk iaitu Na’el Abu Kweik, Raed al-Yazouri, Husam al-Wawi, Mohammad Salah, Mahmoud Salah dan Abed Salah. Dalam serbuan tersebut, seorang pemuda Palestin tercedera dilanggar sengan sebuah jip tentera.

Dalam kejadian di Tulkarem, tentera penjajah memecah masuk dan menggeledah beberapa buah rumah, dan menculik Abdullah Talal Jeetawi, 25, dan Mahmoud Ahmad Shalabi, 16.

Di utara Tebing Barat, tentera Zionis menculik Montaser Rabay’a dari bandar Methaloon, Jenin. Sementara Nour ‘Oweinat diculik dari bandar Qalqilia.

Di al-Khalil, tentera menculik Khaldoun Qassem Abu Dayya, 18, Abdullah Bassam at-Teety, 16, dan Mahmoud Abu Sil. Mahmoud, yang merupakan bekas tahanan politik dan pernah beberapa kali ditangkap sebelum ini, cedera ditembak sebelum ditangkap.

Juga di al-Khalil, tiga lagi remaja Dia’ Talal Zablakh, 18, Ahmad Abdul-Mon’em Nairoukh, 18, Maher Nidal Shweiki, 18, dan Sameh Shehda Shweiki, 17, diculik.

Di Baitulmaqdis Timur, tentera Zionis menggempur bandar al-‘Isawiya dan memecah masuk serta menggeledah rumah-rumah. Mereka menculik Hussein Mahmoud ‘Atiya and Firas Tares al-‘Isawi.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts