GAZA, 6 Mac 2019 — Persatuan Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin hari ini mendedahkan bahawa rejim Zionis terus menekan serta melanggar hak-hak asasi wanita Palestin, dan mengurung lebih 16,000 daripada mereka dalam penjara sejak tahun 1967.

Bersempena Hari Wanita Sedunia, persatuan tersebut menjelaskan seramai 49 wanita Palestin termasuk ibu-ibu dikurung dalam penjara Damon. Di kalangan mereka adalah enam wanita yang masih tercedera semasa ditangkap. Separuh daripada mereka telah dijatuhkan hukuman penjara manakala bakinya masih menunggu proses siasatan.

Rejim penjajah mengenakan berbagai bentuk siksaan terhadap tahanan wanita Palestin, sama secara fizikal mahupun psikologi. Dari masa ke semasa, pihak berkuasa Zionis membuat serbuan brutal dan penghinaan ke atas mereka. Mereka juga tidak diberi hak untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan, jauh sekali mendapat layanan dari doktor wanita.

Isra Ja’abis termasuk tahanan yang berada dalam keadaan paling sukar, di mana beliau memerlukan pembedahan segera selepas luka parah ketika ditangkap. Lapan jarinya lumpuh apabila pihak penjara Zionis membiarkan beliau tanpa rawatan.

(PIC)

SHARE