161 pendatang Yahudi ceroboh al-Aqsa pada 13 Ramadan

BAITUL MAQDIS, 8 Jun 2017 (PIC) — Pasukan polis Zionis mengiringi seramai 63 fanatik dan 98 pelajar dari kalangan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareeba pagi tadi.

Dengan dikawal rapi oleh polis, mereka mendengar syarahan tentang kuil Yahudi yang didakwa pernah berdiri di atas tapak suci umat Islam itu.

Beberapa minggu kebelakangan ini, pertubuhan-pertubuhan kuil Yahudi menyeru pengikut mereka mengadakan pencerobohan secara besar-besaran untuk cuba mewujudkan satu tanggapan baharu, bahawa tapak al-Aqsa adalah warisan mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts