GAZA, 16 Mei 2017 (SA) — Sejak awal penjajahan, “Israel” tidak pernah memberi kesempatan kepada Palestin untuk mendedahkan kepada dunia tentang penjajahan yang sedang mereka alami. Penjajah “Israel” mengerahkan segenap upaya mereka untuk menyebarkan propaganda dusta dan mengawal semua pusat-pusat pembuat keputusan, serta media antarabangsa untuk mendukung penjajahan mereka.

Pada masa yang sama, Palestin masih harus menahan cengkeraman penjajahan ke atas dirinya. Sempena peringatan Nakba ke-69 semalam, sebuah peringatan kepada Palestin tentang hak-hak mereka dan ancaman penjajahan “Israel” diterbitkan.

Berikut adalah 17 fakta sejarah tentang peristiwa Nakba Palestin:

  1. Jumlah penduduk Palestin sebelum terjadi tragedi Nakba Palestin 1948 adalah sekitar 1.4 juta orang, sedangkan jumlah warga Yahudi hanya 605,000, iaitu 30% dari jumlah keseluruhan penduduk di Palestin.
  2. Sekitar 93% keluasan tanah Palestin sebelum Nakba adalah hak milik rakyat Palestin.
  3. Sementara keluasan tanah milik Zionis hanya 7%, setelah pembahagian wilayah tahun 1947.
  4. Berikutan keputusan pembahagian wilayah pada bulan November 1947, tanah seluas 56% diberikan kepada “negara Zionis”.
  5. Sekitar 50% (497,000 orang) penduduk “negara Zionis” adalah warga Arab-Palestin dan 80% pemilikan tanah di “negara Zionis” adalah milik warga Palestin.
  6. Sebelum peristiwa Nakba, warga Palestin tinggal di 1,300 perkampungan dan kota di Palestin. Namun, ketika tragedi Nakba penjajah Zionis mengambil alih 774 buah perkampungan dan kota, di mana 531 di antaranya hancur keseluruhan.
  7. Sekitar 85% (lebih daripada 840,000 orang) warga Palestin yang tinggal di wilayah-wilayah yang dijadikan negara palsu “Israel” ketika tragedi Nakba terpaksa berhijrah ke Tebing Barat, Gaza dan negara-negara Arab berdekatan.
  8. Sepanjang tragedi Nakba gerombolan tenterau penjajah Zionis melakukan 70 lebih pembunuhan besar-besaran ke atas warga Palestin, mengorbankan lebih 15,000 nyawa.
  9. Sekitar 93% daripada keluasan tanah “Israel” adalah hak milik pelarian Palestin.
  10. Sepanjang tahun 1948 sebanyak 78% tanah Palestin diguna untuk menubuhkan “Israel”.
  11. Sepanjang tahun 1948 juga “Israel” menyita lebih daripada 17,178,000 dunum (1,717,800 hektar) tanah rakyat Palestin.
  12. Hanya sekitar 150,000 warga Palestin yang masih bertahan tinggal di “Israel”.
  13. Sekitar 70% tanah milik warga Palestin berpindah tangan ke Zionis sepanjang tahun 1948 hinggal awal tahun 1950-an.
  14. Sehingga kini 75% rakyat Palestin yang berstatus sebagai pelarian.
  15. Lebih 50% warga Palestin tinggal di bawah tekanan di luar garis wilayah Palestin.
  16. Terdapat sekitar 1.4 juta warga Palestin sebelum Nakba.
  17. Sehingga kini jumlah keseluruhan penduduk di wilayah Palestin yang luasnya 27 ribu meter persegi adalah sekitar 11.8 juta orang. Sekitar 51% daripadanya adalah pendatang haram Yahudi dan mereka mengeksploitasi lebih daripada 85% tanah Palestin.
SHARE