17 penduduk Palestin diculik

RAMALLAH, 15 Jan 2018 — Sekurang-kurangnya 17 orang diculik dan beberapa buah kedai dipecah masuk dalam operasi tentera Zionis memburu penduduk Palestin di beberapa wilayah Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Operasi serbuan besar-besaran dilakukan untuk memburu penyerang yang menembak mati seorang rabai Yahudi di Nablus minggu lalu.

Pertempuran sengit berlaku di selatan kota Jenin apabila tentera Zionis menyerbu masuk bandar Qabatia, di mana puluhan pemuda Palestin cedera ditembak dengan peluru hidup dan gas pemedih mata.

Tentera Zionis turut menyerang perkampungan al-Janiya di barat Ramallah, memecah masuk dan menggeledah beberapa buah rumah utuk menyoal siasat penduduk, tetapi tiada tangkapan dibuat. Bagaimanapun pihak tentera merampas sebuah kenderaan dan mengedar nota ugutan kepada penduduk supaya tidak terlibat dalam “aktiviti keganasan.”

Di Beit Lahm, dua orang pemuda ditangkap dari bandar Tuqu’ dan seorang bekas tahanan diculik dari bandar al-Khader. Pasukan tentera memecah masuk dan menggeledah rumah bekas tahanan Mohammed Mousa, 32, sebelum merampas sebuah teksi yang digunakan untuk menyara keluarga.

Rumah-rumah penduduk Palestin di bandar Azzun di timur wilayah Qalailya turut dipecah masuk dan digeledah, di mana akhirnya tiga orang diculik. Tiga yang lain termasuk seorang siswazah diculik dari wilayah Jericho dan al-Khalil.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts