NABLUS, 8 Jan 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik 17 penduduk Palestin di Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Pertempuran tercetus di Nablus apabila 12 kenderaan tentera Zionis menyerbu masuk kota tersebut. Remaja Madi Ishtiyeh, 17, diculik dalam pertempuran di perkampungan Salem, timur Nablus.

Tentera Zionis membawa buldozer dan menutup laluan-laluan masuk utama ke perkampungan Usreen dan Lubban Sharqiya di selatan Nablus, atas alasan pemuda Palestin dari kawasan tersebut menyerang kenderaan pendatang Yahudi dengan membaling batu.

Seramai 12 orang termasuk kanak-kanak diculik dari Beit Lahm, al-Khalil, Qalqilya dan Baitulmaqdis.

Manakala di Jenin, pasukan peronda tentera Zionis memasang sekatan jalan di laluan masuk bandar Arrana selama dua jam, menyekat pergerakan penduduk serta menculik dua pemuda Palestin di situ. Tentera menggeledah kenderaan yang mereka naiki sebelum ditangkap dan dilarikan.

Sekatan jalan juga dipasang di laluan masuk ke bandar Beit Kahil di wilayah al-Khalil untuk menyekat dan memeriksa kenderaan penduduk Palestin. Seorang bekas tahanan dipaksa keluar dari keretanya dan diculik, selepas keretanya dirampas.

(PIC, IMEMC)

SHARE