17 penduduk Palestin diculik

BEIT LAHM, 27 Okt 2016 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 17 penduduk Palestin termasuk dua kanak-kanak dalam operasi sepanjang malam tadi di seluruh wilayah Tebing Barat.

Dalam kejadian di wilayah Beit Lahm, dua kanak-kanak berumur lapan tahun dari perkampungan Beit Fajjar ditangkap berdekatan kawasan penempatan haram Migdal Oz atas tuduhan merancang untuk membuat serangan menikam.

Manakala di Qalqiliya, beberapa buah rumah di bandar Azzun dipecah masuk di mana lima penduduk ditangkap. Terdapat juga laporan bahawa tentera Zionis mencuri wang ketika menggeledah rumah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts