17 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak diculik

RAMALLAH, 23 Jun 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik 17 penduduk Palestin termasuk empat kanak-kanak dari beberapa daerah di Tebing Barat awal pagi tadi.

Sekurang-kurangnya 10 pemuda diculik di Kota Lama dan perkampungan al-Isawiya di Baitulmaqdis. Dalam kejadian di Beit Lahm, empat kanak-kanak yang berumur antara 15 dan 17 tahun diculik selepas tentera memecah masuk rumah-rumah keluarga mereka.

Sementara di Jenin, tentera Zionis menggempur bandar al-Yamun dan menculik seorang bekas tahanan selepas memecah masuk dan menggeledah rumah beliau. Di Nablus, dua penduduk Palestin diarah hadir ke pusat perisikan Zionis untuk disoal-siasat.

Tentera Zionis turut memasang sekatan-sekatan jalan di laluan utama Jenin-Haifa, menyekat pergerakan kenderaan serta memeriksa penumpang.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts