17 Pos Penempatan Haram Dibina di Tebing Barat Sejak 2011

NAZARETH, 25 Dis 2017 — Rejim Zionis membantu pendatang Yahudi membina 17 pos penempatan haram dalam wilayah Tebing barat sejak tahun 2011.

Media Haaretz hari ini melaporkan bahawa pihak Pentadbiran Awam Zionis terlibat secara langsung dalam pembinaan 14 pos penempatan, walaupun pembinaan seumpama itu diharamkan sejak tahun 2005 berikutan laporan peguam Talia Sasson kepada Perana Menteri Zionis ketika itu, Ariel Sharon.

Hareetz menyebut rejim Zionis melabur jutaan dollar secara langsung dan tidak langsung, sekaligus mencabul resolusi antarabangsa yang telah menetapkan pembinaan tersebut sebagai satu bentuk jenayah perang.

Pada 23 Disember 2016, Majlis Keselamatan PBB dengan majoriti besar meluluskan Resolusi 2334 yang menetapkan supaya dihentikan semua penempatan Yahudi dalam wilayah Tebing Barat. Rejim Zionis bertindak bals dengan menggiatkan lagi penempatan dalam berbagai bentuk.

Penempatan dibuat dengan perancangan rapi, di mana mereka mengambil gambar-gambar dari udara untuk memilih lokasi dengan penuh berhati-hati. Mereka sering menyasarkan tanah-tanah bukan milik persendirian penduduk Palestin, terutamanya di kawasan luas yang ditinggalkan.

Tiga daripada pos penempatan tersebut merupakan kejiranan yang terpisah dari penempatan haram asal berdekatan Sde Boaz. Sebanyak 11 pos penempatan dibina sebagai kebun yang lengkap dengan kemudahan tempat tinggal. Sekurang-kurangnya 10 buah daripada pos tersebut dibina dengan tempat tinggal tetap.

Manakala sebahagian daripada pos penempatan haram dibina dengan hanya sebuah kemah untuk ahli-ahli kumpulan pelampau Yahudi yang digelar “pemuda pucak bukit” yang kebanyakannya berumur bawah 18 tahun.

Terdapat 423 pos penempatan haram di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, melibatkan 46% daripada keluasan Tebing Barat, yang didiami oleh hampir 700,000 pendatang Yahudi.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts