18 cedera dalam pertempuran di Abu Dis

AL-QUDS, 20 Apr 2017 (PIC) — Seramai 18 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran yang tercetus di bandar Abu Dis pagi tadi.

Menurut kenyataan Bulan Sabit Merah Palestin, seorang cedera terkena tembakan peluru hidup, enam yang lain ditembak dengan peluru getah manakala 11 orang lain sesak nafas akibat tembakan gas pemedih mata.

Pertempuran tercetus apabila tentera menyerbu masuk bandar Abu Dis secara ganas dengan melepaskan tembakan peluru hidup dan getah. Pemuda Palestin membalas dengan balingan batu ke arah kenderaan tentera penjajah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts