GAZA, 29 Jan 2019 — Sekurang-kurangnya 18 penduduk Palestin cedera diserang oleh tentera penjajah Zionis ketika mereka menyertai perhimpunan laut ke-22 di kawasan pantai utara Gaza lewat petang semalam.

Tentera laut Zionis melepaskan tembakan peluru hidup dan getah, serta gas pemdih mata untuk menyurai bot-bot serta penduduk yang menyertai perhimpunan tersebut.

Lapan orang mangsa cedera terkena tembakan manakala bakinya mengalami sesak nafas akibat tembakan gas. Mangsa-mangsa dikejarkan ke Hospital Indonesia dan Hospital al-Shifa.

Ratusan penduduk berhimpun di kawasan pantai utara Gaza sejak tengahari bagi menyertai perhimpunan laut Great Return March, membantah sekatan yang dikenakan sejak 12 tahun lalu.

Sebanyak 20 buah bot berlepas dari pelabuhan Gaza menuju ke arah pantai Zikim berdekatan sempadan utara.

(PIC, Maan, WAFA)

SHARE