18 Penduduk Palestin Diculik Dari Al-Quds Dan Tebing Barat

AL-QUDS, 15 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis menculik 16 penduduk Palestin dari kejiranan al-Tour di al-Quds dan dua yang lain dari wilayah al-Khalil dan Beit Lahm di Tebing Barat hari ini.

Semua 16 penduduk al-Quds terbabit ditangkap selepas tentera memecah masuk rumah mereka, sebelum diheret ke pusat-pusat interogasi di Jalan Salahuddin, al-Maskobiya dan Jabal Abu Ghanim.

Sementara itu tentera Zionis mendakwa telah menjumpai dua pucuk pistol di bandar al-Ram di timur al-Quds dan bandar Yatta di selatan al-Khalil. Wang tunai sejumlah 6,000 shekels (RM7,186) turut dirampas di bandar al-Ubaidiya berdekatan Beit Lahm.

Tentera Zionis turut memecah masuk beberapa buah rumah di bandar Beit Ummar di utara wilayah al-Khalil.

Beberapa pertempuran tercetus di kem pelarian Aqbet Jaber di kota Jericho apabila tentera Zionis menyerbu masuk kem tersebut.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts