JENIN, 12 Sep 2017 — Tentera penjajah Zionis menculik 18 penduduk Palestin dari rumah mereka di seluruh Tebing Barat dalam operasi sepanjang malam tadi.

Dua penduduk diculik setelah tentera memcah masuk rumah mereka di kem pelarian Jenin, sementera 11 orang lagi diculik dari wilayah-wilayah lain di Tebing Barat.

Sekumpulan besar tentera menyeru bandar Madma di Nablus, memecah masuk beberapa buah rumah penduduk sebelum menculik aktivis Defense for Children International, Mustafa Riyadh Qitt.

Tentera turut menyerbu bandar Burin yang berdekatan dan menculik pemuda As’aad Annajjar dari rumahnya.

Tiga yang lain diculik dari kota Qalqiliya dan Beit Fajjar di wilayah Beit Lahm dan Ramallah.

SHARE